MENU

PENERIMAAN ANUGERAH KATEGORI ‘BEST OF CITIES’ DI ANTARA 1OO DESTINASI MAMPAN 2018 OLEH GREEN DESTINATION

Seperti yang telah diumumkan pada bulan Disember tahun lalu, Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi lestari 2018 oleh Green Destinations bagi

mengiktiraf usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan industri pelancongan yang lebih bertanggungjawab terutama bagi kelestarian alam sekitar.

Pada acara penerimaan anugerah ‘Sustainable Top 100 Destination’ yang bertempat di Palais am Funkturm, ITB Berlin, 6 Mac 2019 (Rabu), Taiping yang tersenarai 100 destinasi lestari telah menerima anugerah kategori ‘Best of Cities’ beserta sijil pengiktirafan The Top 100. Semoga dengan pencapaian ini, masyarakat Taiping khususnya akan lebih berusaha menjaga kelestarian daerah ini. Pengiktirafan ini adalah kali pertama diterima daripada anugerah yang berprestij dan bertaraf dunia.

Pengiktirafan tersebut adalah bagi tahun 2018 hingga 2020.