MENU

Majlis Perbandaran Taiping akan melaksanakan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalulintas dengan kadar 50% atas ke semua kesalahan lalulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

Tawaran ini berkuatkuasa mulai 1 hingga 31 Mei 2017. Orang ramai boleh mendapatkan tawaran ini di kaunter bayaran MPT di Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, Taiping bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.45 petang atau boleh hubungi talian terus 05-8080777 samb. 212/224 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tawaran ini tidak termasuk bagi kompaun/notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

Kadar Kompaun/Notis Kadar Kompaun/Notis Selepas Pengurangan (50%)
RM10.00 RM5.00
RM20.00 RM10.00
RM50.00 RM25.00