MENU
 

PEMAKLUMAN

PENGURANGAN (DISKAUN) SEBANYAK 50% BAYARAN KOMPAUN BAGI KESALAHAN LALULINTAS

Majlis Perbandaran Taiping menawarkan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalulintas dengan kadar 50% kepada orang awam yang telah dikenakan kompaun daripada pihak Majlis Perbandaran Taiping berkuatkuasa pada 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Tawaran pengurangan ini merangkumi tawaran kompaun kesalahan lalulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004. Tawaran ini tidak termasuk bagi tawaran kompaun/notis peringatan yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

Pembayaran tawaran kompaun boleh di jelaskan melalui kaedah :

i. Kaunter Bayaran bersepadu, Wisma Perbandaran Taiping

ii. Laman sesawang : https://ebayar.mptaiping.gov.my

iii. Aplikasi mudah alih : myMPT

iv. Aplikasi mudah alih : Park@Perak

MPT mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat iaitu:

✅ Hanya pengunjung yang lengkap menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki bangunan MPT;

✅ Pengunjung perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di kaunter pengawal; dan

✅ Pengunjung perlu mematuhi SOP yang sedia ada iaitu memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mendaftar sebagai pelawat melalui aplikasi MySejahtera.

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW!

Facebook : https://www.facebook.com/mptaiping

Instagram : https://www.instagram.com/mptaiping/

Twitter : https://twitter.com/MPTaiping

Youtube : https://www.youtube.com/.../UCoBOqdxZ6Fi4NUDSoA4.../featured

Laman Web : mptaiping.gov.my

#mpt #taiping #perak #kaunter #bayaran #kompaun #ebayar #myMPT #Park@Perak #masyarakatperlutahu #masyarakatberadab #masyarakatprihatin #ppnfasa4 #kitamestimenang #kitajagakita #keluargamalaysia