MENU
 

PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN (PICT) 2022

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menganjurkan Program Insentif Cukai Taksiran (PICT) 2022 kepada pembayar cukai taksiran yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran bagi tempoh satu (1) tahun serta tiada sebarang tunggakan Cukai Taksiran, Notis E dan Waran F.

PICT akan diteruskan seperti mana yang diadakan pada tahun 2021. PICT 2022 mengadakan dua (2) kategori hadiah cabutan bertuah iaitu :

✅ Kategori A: Bayaran secara dalam talian.

✅ Kategori B: Bayaran melalui Kaunter MPT.

MPT menawarkan hadiah menarik bagi cabutan bertuah bagi kedua-dua kategori yang diperkenalkan seperti hadiah bonanza berupa Komputer Riba dan Telefon Pintar bagi hadiah saguhati.

Program ini terbuka kepada semua pembayar Cukai Taksiran Am (CTA) Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Semua yang berkelayakan adalah dijemput untuk menyertai program ini dan akan berakhir pada 28 Februari 2022.

MPT tidak lagi mengepos Bil Cukai Taksiran ke rumah/ premis dan semua semakan dan bayaran digalakkan dibuat secara dalam talian.

Kaunter Bayaran MPT dibuka kepada orang awam mulai 3 Januari 2022 dan waktu operasi bermula 8.15 pagi hingga 4.00 petang.

Bayaran dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang ebayar.mptaiping.gov.my, aplikasi android di PlayStore, myMPT, dan laman sesawang www.pbtpay.kpkt.gov.my.

#mpt #taiping #perak #programinisiatifcukaitaksiran #pict #2022 #pbtpay #ebayarmpt #mympt #masyaraktprihatin #masyarakatperlutahu #masyarakatberadab

mpt