MENU
 

TAMAN BOTANI PERAK DIBUKA SEMULA

1 MAC 2021 - Taman Botani Perak (TBP) dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dibuka semula hari ini. Waktu operasi TBP adalah bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang dengan bayaran caj pemuliharaan dikenakan sebanyak RM2.00 kepada pengunjung. Caj pemuliharaan ini dikecualikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pengunjung boleh membuat bayaran di kaunter TBP.

Caj pemuliharaan ini adalah salah satu usaha membantu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terdapat di TBP terutamanya spesies-spesies tumbuhan terancam yang tersenarai dalam buku Malaysia Plant Red list Peninsular Malaysia 2012 seperti pokok paku aji atau bogak yang ditanam di Laman Endemik Zon Utara dan Laman Tema.

TBP yang ditutup kepada orang awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 22 Januari lalu dibuka semula dengan pembudayaan norma baharu dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

TBP berkonsepkan muzium hidup tumbuhan-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik. Sehingga kini terdapat lebih 10,000 tumbuhan pelbagai kategori dan hampir 120 spesies.

mpt