MENU
 

TAWARAN PENGURANGAN 50% BAYARAN KOMPAUN MULAI 1 - 31 DISEMBER 2020

Majlis Perbandaran Taiping akan melaksanakan tawaran pengurangan bayaran kompaun sebanyak 50% daripada kadar asal kompaun dikeluarkan bermula 01 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020.

Kompaun ini merangkumi kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004. Namun, pengurangan bayaran kompaun ini adalah tidak termasuk bagi kes-kes yang sedang dalam tindakan pendakwaan dan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kebersihan Awam (MPT) 1984.

Tawaran pengurangan bayaran kompaun ini hanya boleh dilakukan secara transaksi tunai di Kaunter Bayaran Bersepadu MPT, Wisma Perbandaran Taiping seawal jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Bayaran tunai juga boleh dijelaskan di Kaunter Tiket Zoo Taiping & Night Safari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

mpt