MENU
 

PENGUMUMAN :
Sempena sambutan Hari Perbandaran Taiping dan Hari Malaysia,  Majlis Perbandaran Taiping menawarkan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalulintas dengan kadar 70% atas kesemua kesalahan lalulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.
Tawaran ini berkuatkuasa mulai 14 September  hingga 30 September  2020. Orang ramai boleh menyemak  di Kaunter Unit Trafik, MPT dan mendapatkan tawaran ini di kaunter bayaran MPT di Wisma Perbandaran Taiping, bermula dari jam 8:15 pagi hingga 3:45 petang dan di kaunter tiket Zoo Taiping & Night Safari. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh hubungi talian terus 05-8080777 samb. 2452/2453.
Tawaran ini tidak termasuk bagi kompaun/notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

mpt