MENU
 

BANTUAN ONE OFF PENJAJA DAN PENIAGA DIBAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI (PRE) PERAK SEJAHTERA 2021 

bantuan_one_off_2021.pdf (SEMAK SENARAI NAMA DI SINI)

BANTUAN ONE OFF PENJAJA DAN PENIAGA DIBAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI (PRE) PERAK SEJAHTERA 2021 

9 OGOS 2021 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah meluluskan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik COVID-19 termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi atau lockdown yang sedang dilaksanakan.

Di antara PRE yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang akan memberi manfaat kepada setiap pemegang lesen di bawah MPT ialah Bantuan One-Off kepada Penjaja dan Peniaga Kecil yang berlesen berjumlah RM 300.00. Bantuan akan diproses bermula 11 Ogos 2021 melalui Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPT.

Para penjaja dan peniaga boleh menyemak kelayakkan melalui laman sesawang MPT, http://www.mptaiping.gov.my/. Sekiranya layak, sila kemukakan dokumen iaitu salinan Kad Pengenalan Pemegang Lesen (Catitkan nombor telefon), Salinan Penyata Akaun Bank terkini dan salinan Lesen MPT terkini. 

Hantar dokumen yang lengkap ke Peti Penghantaran di Lobi Wisma Perbandaran Taiping pada hari bekerja jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Permohonan boleh dihantar mulai 11 Ogos 2021.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan di talian 05-8080777 sambungan 2401/2402/2403. Semoga dengan pengumuman bantuan ini dapat meringankan bebanan para penjaja dan peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

#mpt #taiping #perak #PakejRangsanganEkonomi #PRE #PerakSejahtera2021 #peniaga #penjaja #bantuan #oneoff #lesen #alhamdullilah