MENU
 

Kadar Pengurangan (Diskaun) Kompaun/Notis Kesalahan Lalulintas 16 Ogos - 30 September 2019

Majlis Perbandaran Taiping akan melaksanakan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalulintas dengan kadar 70% atas kesemua kesalahan lalulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

Tawaran ini berkuatkuasa mulai 16 Ogos hingga 30 September 2019. Orang ramai boleh mendapatkan tawaran ini di kaunter bayaran MPT di Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, Taiping bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.45 petang dan di kaunter tiket Zoo Taiping & Night Safari. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh hubungi talian terus 05-8080777 samb. 2452/2453.

Tawaran ini tidak termasuk bagi kompaun/notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

Kadar Kompaun/Notis

Kadar Kompaun/Notis Selepas Pengurangan (70%)

RM10.00 RM3.00

RM20.00

RM6.00

RM50.00

RM15.00