MENU
 

PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN 2021 (PICT 2021)

Seperti mana tahun sebelum ini, Program Insentif Cukai Taksiran 2021 (PICT 2021) akan diteruskan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembayar cukai sebagai menghargai pembayar cukai yang membayar penuh Cukai Taksiran secara setahun tanpa tunggakan.

PICT 2021 akan bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 28 Februari 2021 dan buat julung kalinya MPT akan mengadakan dua (2) kategori hadiah cabutan bertuah iaitu Kategori A: Bayaran secara dalam talian dan Kategori B: Bayaran melalui Kaunter MPT. Pembayaran Cukai Taksiran secara setahun tanpa tunggakan berpeluang memenangi Hadiah Bonanza iaitu dua (2) buah motosikal dan pelbagai hadiah saguhati berupa barangan elektrik.

Kaunter Bayaran MPT akan mula dibuka pada orang awam mulai 4 Januari 2021 dan waktu operasi adalah bermula 8.15 pagi hingga 4.00 petang. MPT menggalakkan orang awam membuat bayaran secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan pembayaran di Kaunter MPT.

mpt