MENU
 

SENARAI PEMENANG CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN, PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN 2020 MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Senarai Penuh Pemenang (Klik Sini)

YBrs Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping telah menyempurnakan Majlis Cabutan Bertuah Program Insentif Cukai Taksiran 2020 (PICT2020) pada 1 Julai 2020 bertempat di Dewan Teratai, Penthouse, Wisma Perbandaran Taiping.

Sejak Cabutan Bertuah Program Insentif Cukai Taksiran diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun. Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota Taiping menyambut baik pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran dan seterusnya berpeluang menyertai Cabutan Bertuah yang dianjurkan oleh pihak MPT. 

Pada tahun ini, pembayar cukai taksiran secara setahun tanpa tunggakan berpeluang memenangi cabutan bertuah iaitu Hadiah Bonanza sebuah Kereta Proton NEW SAGA 1.3 AT dan pelbagai hadiah saguhati berupa barangan elektrik. Sebanyak 5,000 mug eksklusif daripada pihak MPT diperuntukan pada edisi kali ini kepada pembayar awal.  

PICT2020 yang bermula pada 1 Januari 2020 hingga pada 29 Februari 2020 telah berjaya mengutip hasil cukai taksiran sebanyak RM12.4 juta dengan penyertaan lebih 34,500 pemilik harta berbanding tahun lepas iaitu 28,500 penyertaan sepanjang tempoh program. MPT mensasarkan kutipan bagi tahun 2020 untuk kutipan semasa cukai taksiran sebanyak RM23 juta manakala kutipan tunggakan cukai taksiran berjumlah RM5 juta daripada 16,000 pemilik berhutang.

Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan terima kasih wargakota taiping kerana membayar Bil Cukai Taksiran secara konsisten.

Senarai nama pemenang cabutan bertuah boleh dilihat melalui pautan dibawah, Senarai Penuh Pemenang (Klik Sini)

#mpt #pict2020 #cukaitaksiran #protonsaga #taiping #perak