MENU
 

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

  • Pentas dan dewan serbaguna
  • Ruang makan
  • Tapak khemah
  • Tapak semaian (Penyelidikan)
  • Boardwalk
  • Papan maklumat
  • Penginapan
  • Pengangkutan Dalaman (Air)
  • Surau
  • Tempat Letak Kereta
  • Tandas dan Bilik Mandi
  • Pemandu Pelancong

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah
Jalan Muzium Hulu, 34000, Taiping
Tel : 05 - 807 2762

Tahukah Anda?
Sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia genap 100 tahun pada bulan September 2004.
Kawasan hutan pokok bakau tertua dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan.