MENU

1. 1873 - Rumah Kapten Speedy
Rumah Kapten Speedy telah dibina oleh Menteri Ngah Ibrahim pada tahun 1873. Ianya terletak di persimpangan Jalan Menteri, Matang dan merupakan salah satu contoh rumah British yang masih ada. Kapten Speedy adalah pegawai British yang dilantik oleh Ngah Ibrahim untuk membantu menjaga keamanan daerah Larut.

2. 1874 - Bandar Taiping
Bandar pertama di Malaysia yang dibangunkan dengan pusat-pusat pentadbiran rasmi dan sekolah-sekolah Inggeris.

3. 1874 - Pejabat Perbendaharaan dan Audit
Bangunan ini berfungsi sebagai pejabat Kewangan dan Audit Perak dan Bank Simpanan Kerajaan, iaitu bank kerajaan pertama di Malaya. Peti Besi pertama di Malaysia berjenama Chubb daripada England turut dimuatkan di sini.

4. 1875 - Gereja Our Lady of the Sacred Heart
Gereja ini pada mulanya hanyalah sebuah bangunan kayu di atas bukit. Bangunan baru dibina pada tahun 1880 dan siap dalam masa 4 tahun. Ianya menjadi gereja Katolik Roman yang pertama di Taiping.

5. 1875 - Balai Penghulu Matang
Bangunan ini dibina sebagai pejabat pentadbiran dan dewan mahkamah bagi para penghulu untuk menguruskan hal perundangan berkaitan kawasan pentadbiran di kampung masing-masing dan lain-lain. Ianya telah melalui beberapa pengubahsuaian untuk menampung keperluan semasa.

6. 1875 - Kediaman Penolong Residen
Bangunan ini menjadi kediaman Penolong Residen seperti Kapten T.C Speedy dan Sir Edward Maxwell. Kini ia merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Larut Matang.

7. 1875 - Padang Esplanade
Kawasan padang ini dibangunkan pada tahun 1890 oleh Kolonel Robert S.F. Walker, Komandan Polis dan Tentera pada waktu itu. Di kawasan sekitarnya terdapat berek-berek, rumah kelab dan sebuah gereja. Padang ini digunakan untuk upacara kawad dan juga padang pelbagai aktiviti sukan seperti kriket, rugbi dan lain-lain.

8. 1877 - Pejabat Telegraf
Pejabat telegraf ini menyediakan perkhidmatan servis telegraf pertama sekitar tahun 1876. Khidmat pos ditambah untuk pengeluaran bagi memudahkan komunikasi antara Matang dan Taiping.

9. 1877 - Perbandaran Larut
Pusat Perbandaran yang pertama ditubuhkan oleh Residen British untuk membangun dan menjaga kesejahteraan bandar Taiping. Pelbagai badan-badan pentadbiran ditubuhkan untuk tujuan ini.

10. 1879 - Mes Pegawai Tentera British
Bangunan ini dibina sebagai Mes Pegawai British untuk unit bersenjata Malay States Guides. ianya terletak berhampiran ibu pejabat unit tentera British serta digunakan sebagai rumah rehat dan ruang untuk acara sosial bagi pegawai-pegawai tentera. Kini, ia dikenali sebagai Wisma Perwira Batalion Kesembilan Rejimen Renjer DiRaja.

11. 1879 - Bukit Larut
Pada tahun 1884, pihak British membina pusat peranginan di sini di mana beberapa banglo telah dibina untuk pegawai British. Kebanyakan banglo ini masih ada sehingga kini. Bukit Larut adalah resort bukit tertua dan terkecil di Malaysia dengan ketinggian 1036 m dari aras laut.

12. 1879 - Penjara Taiping
Pada mulanya digelar Penjara Perak atau Taiping Gaol. Penjara Taiping yang dibina pada tahun 1879, merupakan seluruh kompleks penjara terbesar di Semenanjung Malaysia. Secara rasminya digazet sebagai Penjara Taiping pada tahun 1992. Ia dibangunkan di Taiping memandangkan Taiping merupakan ibu negeri Perak dari tahun 1874-1937.

13. 1879 - Rumah Rehat Bandar
Bangunan ini pada mulanya adalah bangunan kayu satu tingkat dan digunakan sebagai kediaman gabenor, dibina pada tahun1879. Ianya juga merupakan rumah rehat pertama di Semenanjung Malaysia.

14. 1881 - Pejabat Daerah
Bangunan ini direka dengan binaan Victorian Neo Classical. Kini, bangunan ini diguna pakai oleh Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang.

15. 1881 - Balai Polis / Menara Jam
Bangunan ini dahulunya dikenali sebagai The Fort. Ia telah menjadi ikon untuk bandar Taiping. Ia dibina dengan kayu pada tahun 1881, kemudian dibina semula menggunakan batu pada tahun 1891. Antara tahun 1908 dan 1950, bangunan menara jam ini digunakan sebagai Balai Polis Bandar dan juga balai bomba.

16.  1883 - Gereja All Saints
Gereja ini telah direka oleharkitek dari Australia, Mr. George A. Lefroy, dan dibina dengan rekaan Gothic. Gereja ini masih mengekalkan ciri-ciri asalnya seperti tingkap kaca berwarna dan banyak pla tembaga peringatan. Ianya digazet sebagai Banguan Warisan Negara pada tahun 2012 dan masih digunakan sebagai gereja Anglican.

17. 1883 - Sekolah King Edward VII
Sekolah ini dibina pada tahun 1883 dan merupakan sekolah aliran Inggeris yang kedua di Taiping. Pada mulanya, ia dikenali sebagai Central School dan kemudiannya dinamakan sekolah King Edward VII sempena pertabalan King Edward VII di England pada masa itu.

18. 1884 - Pasar Taiping
Bangunan ini adalah contoh terbaik bangunan berstruktur kayu abad ke-19 yang dibina pada tahun 1884. Ianya terletak di Jalan Taming Sari. Bangunan pasar kedua (pasar kering) dibina pada tahun 1885, terletak di Jalan Kota.

19. 1884 - Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping terletak di kawasan tanah rata di kaki Bukit Larut dan juga dikenali sebagai Taman Awam. Tasik ini dikelilingi Pokok Hujan-hujan atau Samanea saman dan mempunyai lapan tasik dan kolam tinggalan dari aktiviti perlombongan bijih timah sebelum ini.

20. 1884 - Stesen Keretapi Taiping
Keretapi moden yang pertama di Semenanjung Malaysia mula-mula diperkenalkan di Taiping. Stesen asal dibina oleh Federated Malay States Railway (FMSR). Tapak stesen yang asal terletak di Sekolah King Edward VII (Jalan Stesen, Taiping). Pada tahun 1910, stesen ini dipindahkan dan landasannya dipanjangkan ke arah utara.

21. 1885- Bangunan Keretapi Negeri Perak dan Larut
Bangunan ini mempunyai kombinasi seni binaan lama dan moden. Bangunan kayu dua tingkat ini dibina pada tahun 1885 dengan tambahan dua tingkat binaan batu bata.

22. 1886 - Muzium Perak
Muzium Perak dibina pada tahun1883 dan merupakan muzium pertama di Malaysia. Ciri binaannya yang unik memaparkan rekaan Moorish digabungkan dengan gaya Neo Classical dan Victorian. Koleksi-koleksi pameran di muzium amat istimewa seperti artifak ethnologi, spesimen zoologi, seramik dan koleksi istimewa dari komuniti Orang Asli.

23. 1886 - Padang Golf Taiping
Padang golf ini terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan merupakan padang golf pertama di Malaysia. Pada tahun 1988, padang golf ini ditutup atas sebab-sebab keselamatan dan aktiviti golf beralih ke padang golf di Bukit Jana, Kamunting.

24. 1887 - Persatuan Kwang Tung
Bangunan ini dibina oleh Persatuan Kwang Tung cawangan Taiping pada tahun 1887 untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Kapitan Keng Cheng Kwee merupakan ketua yang mengusulkan pembinaan bangunan persatuan.

25. 1888 - Perpustakaan Peringatan Kemerdekaan Taiping
Bangunan asal dibina pada 1882 dan digunakan sebagai bilik membaca untuk pegawai British. Bangunan Victorian yang menggantikan bilik membaca dibina oleh British pada tahun 1912. Kini, bangunan ini merupakan perpustakaan awam dan dikenali sebagai Independence Memorial Library.

26. 1889 - Skolah Menengah Treacher Methodist
Sekolah ini merupakan sekolah perempuan pertama ditubuhkan oleh kerajaan Perak pada tahun 1889 dan dikenali sebagai Government Girls' School dengan jumlah pelajar seramai lapan orang pada mulanya. Pihak Methodist telah mengambil alih sekolah tersebut dan menamakannya Lady Treacher Girls' School.

27. 1891 - Pejabat Topo dan Pemetaan
Bangunan Pejabat Topo dan Pemetaan yang lama, dikenali dengan senibina Anglo-Indian, adalah pejabat kerajaan yang dibaik pulih. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1891 dan direka oleh G.A Lefroy, arkitek dari Australia. Kini, bangunan ini digunakan sebagai Galeri Perbandaran Taiping. Bangunan dua tingkat ini adalah contoh terbaik binaan kayu dan batu di Taiping.

28. 1899 - Persatuan Ceylon
Orang-orang daripada Ceylon mengasaskan Bilik Bacaan Victoria yang asal di Jalan Taming Sari (Main Road) pada tahun 1898. Ia dikenalik sebagai Persatuan Ceylon pada tahun  1899 dan merupakan persatuan pertama bagi pendatang di Semenanjung Malaysia.

29. 1902 - Hutan Paya Laut Matang
Hutan negeri di daerah Matang adalah hutan paya laut yang telah dijaga dengan rapi sejak zaman jajahan British sehingga kini. Cara pemeliharaan paya bakai di bawah seliaan Perhutanan Matang adalah contoh terbaik dan dilihat sebagai pakar dalam teknik perhutanan bakau.

30. 1930 - Landasan Udara Tekah
Landasan mendarat di Tekah ini telah diiktiraf sebagai salah satu landasan mendarat terbaik oleh Sir Phillip Sassoondan pakar-pakar yang lain. Ia merupakan landasan udara pertama di Semenanjung Malaysia.

31. 1937 - Jeti Jubli Perak
Jeti ini dibina pada tahun 1937 dan direka dengan senibina Kolonial serta dibina dengan gabungan dana dari orang awam dan komuniti setempat. Ia adalah jeti pertama dibina di Semenanjung Malaysia untuk memperingati Sambutan Jubli Perak sempena pemerintahan King George V di England.

32. 1947 - Kubur Peringatan Perang Komanwel
Kubur Peringatan Perang ini dibina pada tahun 1974 dan merupakan tempat di mana bersemadinya Tentera Bersekutu yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua. Ia adalah kubur peringatan perang yang pertama dan terbesar di Malaysia

33. 2003 - Night Safari Taiping
Night Safari Taiping adalah produk pelancongan pertama di Malaysia. Ia dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada bulan Jun 2003. Dalam usaha untuk mengekalkan persekitaran semulajadi, Night Safari Taiping mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dalam habitat semulajadi.