MENU

Pelesenan

Majlis sentiasa menguruskan dan mengawal selia pembangunan dari segi perlesenan dengan lebih teratur dan berkesan kerana aspek ini menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan sosio-ekonomi warga Taiping. Aktiviti pelesenan merangkumi aspek-aspek perlaksanaan dasar mengikut keperluan dan peraturan yang ditetapkan. Semua lesen-lesen premis perniagaan, lesen pasar, lesen gerai penjaja, lesen premis pusat hiburan, perusahaan dan iklan diproses bagi mengawal pertumbuhan perniagaan supaya selaras dengan dasar undang-undang yang dikuatkuasakan.