MENU

Sektor penjaja kini berkembang pesat sejajar dengan pertambahan penduduk di daerah ini. Kewujudan sektor penjaja dan peniaga kecil telah menyumbang kepada proses pembangunan yang dinikmati penduduk. Walaupun sektor ini dianggap bukan sebahagian daripada institusi ekonomi formal, sumbangan dan peranan yang dimainkan golongan penjaja dan peniaga kecil amat penting di dalam mendokong kesejahteraan warga penduduk. Oleh yang demikian Majlis Perbandaran Taiping telah membuka banyak peluang kepada peniaga-peniaga dengan menyediakan beberapa tempat bagi penjaja dan peniaga kecil menjana pendapatan. Antaranya adalah seperti Pasar Pagi dan Malam, Bazar Ramadhan, Bazar Aidilfitri, serta bagi perayaan-perayaan lain. Selain itu, Majlis Perbandaran Taiping juga mengeluarkan lesen perniagaan kepada Penjaja Statik, Penjaja Bergerak, Gerai Tepi Jalan, Pasar dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.