MENU

Cukai

1. Kepada siapakah cukai taksiran dikenakan?
Cukai taksiran dikenakan ke atas pegangan berkadar meliputi bangunan kediaman, bangunan perniagaan, bangunan perindustrian, tanah kosong dan harta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui caruman berkadar.

2. Berapakah kadar cukai taksiran dikenakan?
Kadar cukai taksiran diluluskan oleh Kerajaan Negeri iaitu antara 5.5% hingga 11.5% mengikut lokasi kawasan seperti pusat bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

3. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
Tiada peruntukan undang-undang untuk mengecualikan pegangan daripada bayaran cukai taksiran kecuali tempat awam seperti tempat sembahyang contoh masjid, kuil,, tokong, tanah perkuburan dan sebagainya dan ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri.