MENU
 

Hutan Pelajaran dan Penyelidikan atau lebih dikenali sebagai Hutan Eko-Pelajaran yang memudahklan para pelajar dan penyelidik mempelajari dan membuat kajian mengenai spesis kehidupan pokok-pokok dalam Hutan Paya Laut seperti bakau minyak dan bakau kurap.
Selain itu, di sini juga terdapat kehidupan flora dan fauna dengan pelbagai jenis tumbuhan sampingan seperti teruntum, temu, piai, rotan bakau dan jenis berus serta pokok jenis lenggadai.

Hutan Pelajaran dan Penyelidikan ini ditubuhkan sejak tahun 1950-an juga terdapat sebuah pelantar pejalan kaki (Boardwalk) yang dibina bagi memudahkan pengunjung masuk dan menikmati keindahan Hutan Paya Laut / Hutan Bakau.