|
| Peristiwa sepanjang 2012 |
| Lihat Arkib |
1. 18 April 2012 - Majlis Anugerah Cemerlang 2012 Dan Mou Di Sempurna Oleh: En. Shahrom Bin Dato' Abd. Malik Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping. Bertempat Dewan Smk Taman Tasik pada 18 April 2012 (Rabu)
2. 7 April 2012 - Majlis penyampaian hadiah Program Insentif Cukai Taksiran 2012, jam 9.00 malam bertempat di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping.
> Pemenang Cabutan Bertuah Program Insentif Cukai Taksiran 2012 Majlis Perbandaran Taiping
3. 25 Mac 2012 - Pada 25/03/2012 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kelab Nuri, Bank Rakyat telah menyumbangkan satu set alat permainan kanak-kanak bersepadu kepada Mpt, di Taman Tasik Taiping . Majlis penyerahan oleh Pengarah Bank Rakyat kepada Yang Dipertua Mpt, turut hadir pegawai dan kakitangan Mpt, pegawai dan kakitangan Bank Rakyat serta ibu bapa dan kanak-kanak, kelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah dan artis jemputan.
4. 24 Mac 2012 - Majlis perasmian ' Coridors And Cities Lab' hari terbuka 2012 pada 24 Mac 2012 di Dataran Perbandaran Taiping Jam 9.00 Pagi – 5.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak.
5. 24 Mac 2012 - Malam Citrawarna Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2012, majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Hamidah Binti Osman pengerusi Jawatakuasa Industri, Pelaburan Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita. Satu gimik perasmian pelancaran sambutan Tahun Melawat Perak Daerah Taiping dilakukan.Turut hadir YB. Datuk Haji Rosli Bin Husin dan Isteri, Tuan Yang Dipertua MPT, En Shahrom Bin Dato' Abd. Malik dan Isteri. Majlis diserikan dengan persembahan artis-artis jemputan Adam, Wana My Star LG, Ani Mayuni, kumpulan artis tari TLDM, dan lain-lain, hampir 4 ribu orang yang hadir.
6. Mulai 1 Mac 2012, Majlis Perbandaran Taiping telah membuat bayaran melalui EFT kepada semua pembekal dan kontraktor yang telah berdaftar dengan MPT. Melalui kaedah ini, pembekal dan kontraktor akan menerima bayaran terus ke akaun bank masing-masing dalam tempoh 3 hari bekerja. Setiap pembekal dan kontraktor akan menerima maklumat pembayaran menerusi emel. Majlis Perbandaran Taiping merupakan PBT Perak yang pertama menjalankan urusan pembayaran melalui EFT bersepadu dengan Sistem e-SMAT.