Cukai
1. Kepada siapakah cukai taksiran dikenakan?
Cukai taksiran dikenakan keatas pegangan berkadar meliputi bangunan kediaman, bangunan perniagaan, bangunan perindustrian, tanah kosong dan harta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri melalui caruman berkadar.
2. Berapakah kadar cukai taksiran dikenakan?
Kadar cukai taksiran yang telah ditetapkan adalah 4% hingga 10% mengikut lokasi kawasan seperti pusat bandar, pinggir bandar dan luar bandar.
3. Berapakah kawasan yang telah dikenakan cukai taksiran oleh Majlis
Terdapat 22 buah kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Tempatan dikenakan cukai taksiran didalam kawasan pentadbiran MPT.
4. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain
Hutang Kadar & Bantuan Ragu
1. Berapakah peruntukan bagi hutang ragu di ambil?
Peruntukan hutang ragu adalah sebanyak 2.5% dari baki penghutang pada 31 Disember setiap tahun.
2. Bagaimanakah Caruman Bantuan Kadar diberikan?
Pemberian Caruman Bantuan Kadar adalah bderdasarkan kepada Caruman/Pemberian yang diluluskan samada oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain pihak yang terlibat dan direalisasikan sebagai pendapat mengikut tahun tuntutan.
Jabatan
1. Apakah bidang-bidang yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan?
Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan menguruskan bidang-bidang seperti berikut:- A. Pengurusan kesihatan B. Perlesenan C. Sektor penjaja D. Aktiviti kawalan mutu makanan E. Aktiviti pengindahan
2. Apakah tanggungjawab Pengurusan kesihatan?
Bertanggungjawab untuk mengurus urusan-urusan berkaitan dengan kesihatan awam dan perlesenan am. Pemantauan sering dilakukan ke atas premis-premis makanan serta premis- premis persendirian bagi memastikan amalan kebersihan berkaitan aspek- aspek kesihatan awam serta pematuhan terhadap peraturan-peraturan perlesenan dipatuhi
3. Apakah urusan yang dibuat oleh Perlesenan?
Majlis sentiasa menguruskan dan mengawal selia pembangunan dari segi perlesenan dengan lebih teratur dan berkesan kerana aspek ini menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan sosio-ekonomi warga Taiping. Ianya merangkumi aspek-aspek perlaksanaan dasar mengikut keperluan dan peraturan yang ditetapkan. Semua lesen-lesen premis perniagaan, lesen premis pusat hiburan, perusahaan dan iklan diproses bagi mengawal pertumbuhan perniagaan supaya selaras dengan dasar undang-undang yang dikuatkuasakan.