(Unit Undang-Undang)
UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN
- Memastikan bahawa semua tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan adil, saksama dan tegas berdasarkan peruntukan Undang-Undang Majlis.
- Memastikan tindakan pendakwaan kes-kes Majlis yang telah mengandungi semua keterangan dan dokumen yang lengkap didaftarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Memastikan deraf perjanjian dan kontrak yang dibuat antara pihak Majlis dengan orang perseorangan, syarikat atau mana- mana pihak disemak serta diakui lengkap dalam tempoh 45 hari bekerja.
- Memastikan nasihat dan pandangan undang-undang yang tepat dan jelas kepada isu-isu atau persoalan-persoalan diberikan maklumbalas dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Memastikan rayuan kompaun yang mempunyai butiran lengkap dipertimbangkan dan diputuskan dalam tempoh 1 hari.
- Kami berjanji sedia membantu dan sentiasa memberi layanan mesra kepada orang ranai yang berurusan dengan Jabatan ini.
- Memastikan bahawa semua tindakan Penguatkuasaan Perundangan yang diambil adalah dengan adil, tegas, bertimbangrasa, bijaksana dan bertepatan dengan peruntukan Undang-Undang Majlis.