Malay | English | bahasa | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
Pilihan Teks :plus minus normal Pilihan Warna : blue red green reset w3c Pilihan Latarbelakang : 1 thumb1 thumb3 bgred bg5 bg6 bg7
DAFTAR MASUK
sms
saman
baucer
 
JABATAN

Jabatan Khidmat Pengurusan

Pengurusan AM

  • Kami komited untuk menyampaikan dan menentukan pelaksanaa semua dasar-dasar semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan mengikut keperluan yang ditetapkan
  • Kami berjanji memberikan layanan mesra dan sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan, perkhidmatan dan maklumat kepada ornag rami, pegawai dan anggota Majlis pada setiap masa

Pengurusan Aduan

Bahagian Hal Ehwal Komuniti dan Sosial

  • Memastikan semua maklumat dan aduan yang diterima dari orang ramai dan pelanggan akan diberi jawapan dan maklum balas tindakan yang diambil dalam tempoh 15 hari bekerja.
  • Semua pelanggan di kaunter aduan dan pertanyaan akan diberi layanan yang mesra, cepat, cekap dan berkesan.
  • Semua aduan melalui actionline, akhbar dan media massa secara lisan dan tulisan akan disampaikan kepada jabatan yang berkaitan pada hari yang sama untuk diambil perhatian dan tindakan.
  • Semua Jabatan/Bahagian/Unit akan mengurus semua aduan yang diterima dengan mengambil tindakan berikut:
    • Menjalankan pemeriksaan di tapak/siasatan dan tindakan pemulihan dalam tempoh 2 hari bekerja mengikut status aduan dan keutamaan.
    • Memberi laporan dan maklumbalas ststus kes kepada pengurusan dalam tempoh 10 hari bekerja.
    • Memberi maklumbalas ke atas kes-kes tindakan susulan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 22 hari bekerja.

Jabatan Akaun Dan Kewangan

  • Semua tuntutan pembayaran yang memenuhi syarat dan lengkap akan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja
  • Memastikan semua urusan pembayaran hasil di kaunter boleh diselesaikan dalam tempoh 15 minit.


Jabatan Penilaian Dan harta

"KAMI BERJANJI UNTUK MENGURUSKAN PENILAIAN HARTA BERKADAR BAGI MAKSUD CUKAI TAKSIRAN DAN URUSAN SEMUA HARTA MAJLIS SECARA ADIL DAN WAJAR"

  • Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya pada 15 Januari (1/2 penggal pertama) dan Julai (1/2 penggal ke 2).
  • Surat makluman bagi permohonan pindahmilik disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima lengkap.
  • Surat makluman bagi perrmohonan tukar alamat disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Surat keputusan bantahan disediakan dalam masa 6 bulan dari tarikh surat bantahan diterima.
  • Penyerahan Notis Pindaan Nilaian selewat-lewatnya 30 hari bekerja sebelum tarikh kuatkuasa.
  • Mengeluarkan bil sewa kepada penyewa harta Majlis selewat-lewatnya 10 haribulan pada setiap bulan.

 

Halaman: 1  2  3  

TERMA & SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN RSS 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Taiping  
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan  
menggunakan resolusi 1024 x 768