imgKhas bagi pengguna
Imbas kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile.


Malay | English | bahasa | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
Pilihan Teks : plus minus normal Pilihan Warna : blue red green reset w3c Pilihan Latarbelakang : 1 thumb1 thumb3 bgred bg5 bg6 bg7
DAFTAR MASUK
saman
 
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

1.1 PENYELARASAN / KEURUSETIAAN

1.1.1 Kami Komited untuk menyampaikan dan menentukan pelaksanaan semua dasar-dasar dan pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan mengikut keperluan yang ditetapkan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan.
1.1.2 Kami berjanji memberikan layanan mesra dan sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan, perkhidmatan dan maklumat kepada orang ramai, pegawai dan anggota Majlis pada setiap masa.
1.1.3 Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada pihak-pihak yang terlibat selepas mesyuarat diadakan dalam tempoh 3 hari.

1.2 PENGURUSAN ADUAN

Bahagian Hal Ehwal Komuniti dan Sosial

1.2.1 Memastikan semua maklumat dan aduan yang diterima dari orang ramai dan pelanggan akan diberi jawapan dan maklumbalas tindakan yang diambil dalam tempoh 15 hari bekerja.
1.2.2 Semua pelanggan di kaunter aduan dan pertanyaan akan diberi layanan yang mesra, cepat, cekap dan berkesan.
1.2.3 Semua aduan melalui actionline, akhbar dan media massa secara lisab dan tulisan akan disampaikan kepada jabatan yang berkaitan pada hari yang sama untuk diambil perhatian dan tindakan.
1.2.4 Semua jabatan/Bahagian/Unit akan mengurus semua aduan yang diterima denagn mengambil tindakan berikut:

a) Menjalankan pemeriksaan di tapak/siasatan dan tindakan pemulihan dalam tempoh 2 hari bekerja mengikut status aduan dan keutamaan.
b) Memberi laporan dan maklumbalas status kes kepada pengurusan dalam tempoh 10 hari bekerja.
c) Memberi maklumbalas ke atas kes-kes tindakan susulan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 22 hari bekerja.