Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
Berikut adalah sejarah perkembangan pentadbiran Taiping :
* 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
* 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
* 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
* 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
* 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Pada dasarnya bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping adalah melibatkan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan Majlis dan memberikan perkhidmatan perbandaran utuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Bagi mencapai hasrat ini, MPT telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.
Slogan
Perkhidmatan Berkualiti, Pelanggan Berpuas Hati
Wawasan
Memastikan Majlis Perbandaran Taiping sentiasa berdaya maju supaya Bandar Taiping selesa untuk didiami
Falsafah
Cemerlang Sepanjang Masa.
Dasar Kualiti
Mewujudkan satu sistem pengurusan yang komited untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap bagi mencapai kepuasan hati pelanggan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Matlamat
Menentukan keselesaan penduduk di dalam kawasan Majlis Perbandaran Taiping melalui peningkatan mutu perkhidmatan, perancangan dan pengawalan mengikut keperluan semasa, selaras dengan dasar kerajaan masa kini.