Bahasa Melayu | English | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
Pilihan Teks : Pilihan Warna : Pilihan Latarbelakang :
DAFTAR MASUK
 
LOGO

http://www.mptaiping.gov.my/v1/images/logompt.jpg

Lambang MPT
Seperti yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yusuff Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil, Darjah Utama Seri Mahkota Negara dengan kurnia Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya.

Mahkota
Melambangkan kepentingan tatarakyat Taiping pada suatu ketika dahulu sebagai ibu Negeri Perak. Mahkota itu tertulis dengan perkataan "Aman Selama-lamanya" persamaan dengan perkataan bahasa Inggeris "Everlasting Peace".

Perisai
Terletak seketul jongkong timah dan bunga padi yang membawa lambang sejarah penemuan bijih timah yang terawal di Taiping serta simbol kekuatan ekonomi Majlis Perbandaran Taiping. Bunga padi memberi pengertian perpaduan, keharmonian dan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dengan penduduk setempat.

Tepi Perisai
Lambang tepi perisai ini disokong pada setiap sudut oleh Harimau Malaya berwarna keemasan dan berbelang hitam yang melambangkan suatu kuasa tempatan yang melindungi dan membantu penduduk setempat. Tiap-tiap seekor menyokong sepohon anak getah (Havea Braziliensis)berbentuk warna asli. Keseluruhan lambang tersebut berdiri di atas ruang berumput mengandungi segulung kertas bercogan kata dengan perkataan "Taiping" (Tai-peng) yang memberi makna "Aman Selama-lamanya" dalam bahasa Cina.

TERMA & SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN  

Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Taiping  
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan  
menggunakan resolusi 1024 x 768