Malay | English | bahasa | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
Pilihan Teks :plus minus normal Pilihan Warna : blue red green reset w3c Pilihan Latarbelakang : 1 thumb1 thumb3 bgred bg5 bg6 bg7
DAFTAR MASUK
sms
saman
baucer
 
SEKTOR PENJAJA

Sektor penjaja kini berkembang pesat sejajar dengan pertambahan penduduk di daerah ini. Kewujudan sektor penjaja dan peniaga kecil telah menyumbang kepada proses pembangunan yang dinikmati penduduk. Walaupun sektor ini dianggap bukan sebahagian daripada institusi ekonomi formal, sumbangan dan peranan yang dimainkan golongan penjaja dan peniaga kecil amat penting di dalam mendokong kesejahteraan warga penduduk. Oleh yang demikian Majlis Perbandaran Taiping telah membuka banyak peluang kepada peniaga-peniaga dengan menyediakan beberapa tempat bagi penjaja dan peniaga kecil menjana pendapatan. Antaranya adalah seperti Pasar Pagi dan Malam, Bazar Ramadhan, Bazar Aidilfitri, serta bagi perayaan-perayaan lain. Selain itu, Majlis Perbandaran Taiping juga mengeluarkan lesen perniagaan kepada Penjaja Statik, Penjaja Bergerak, Gerai Tepi Jalan, Pasar dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Aktiviti penjaja secara statik atau bergerak seperti warung, pasar malam, pasar pagi dan pasar harian berkembang pesat di kawasan-kawasan Majlis. Semua kaum telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam aktiviti ini. Penyertaan bumiputera turut meningkat kepada lebih 30%.Di samping itu, MPT turut mengawal aktiviti pusat penjaja yang diwujudkan oleh pihak swasta. Majlis juga menganjurkan beberapa siri kursus wajib untuk penjaja-penjaja dan pengendali makanan dengan penekanan kepada konsep 5K iaitu Kebersihan, Kesihatan,Keselesaan, Keindahan dan Kesopanan.

 

 

TERMA & SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN RSS 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Taiping  
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan  
menggunakan resolusi 1024 x 768