Malay | English | bahasa | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
Pilihan Teks :plus minus normal Pilihan Warna : blue red green reset w3c Pilihan Latarbelakang : 1 thumb1 thumb3 bgred bg5 bg6 bg7
DAFTAR MASUK
sms
saman
baucer
 
PELAN STRATEGIK MPTAIPING 2010-2015

Ringkasan Eksekutif

  1. Berpegang kepada prinsip Perancangan Srategik MPT berkeyakinan penuh bahawa dokumen Pelan strategik MPT 2010-2015 yang disediakan ini merupakan pemangkin bagi menjayakan halatuju MPT untuk tempoh 5 tahun mendatang. Pelan Strategik ini merupakan satu kesedaran dan komitmen pihak pengurusan untuk melakukan transformasi organisasi, lonjakan persekitaran dan mencorak masa depan kemajuan bandar Taiping demi kesejahteraan penduduknya secara total sejajar dengan perubahan persekitaran dan cabaran globalisasi.
     
  2. Pelan Strategik MPT 2010-2015 ini  mengandungi teras dan pelan tindakan yang komprehensif berdasarkan KPI yang ditetapkan. Dengan adanya KPI ini akan memacu dan melonjak pengurusan MPT ke tahap yang lebih tinggi bagi mencapai pendekatan yang digunapakai dalam Pelan Strategik ini berdasarkan Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman ke arah membuat penilaian dan penetapan Pelan Strategik MPT.
     
  3. Pelan Strategik MPT 2010-2015 ini mengandungi lima Fokus Pengurusan MPT yang diterjemahkan kepada Tiga Objektif Strategik yang merangkumi :
    1. Transformasi Pengurusan dan Pembangunan Organisasi.
    2. Penjanaan Sumber secara optima
    3. Mempetingkatkan Kualiti Hidup Komuniti dan Persekitaran.
  4. Fokus-fokus dalam Pelan Strategik MPT ini termasuklah memperkasakan keupayaan dan kapasiti Organisasi MPT, Sistem Tadbir Urus yang terbaik, Sumber Hasil kewangan yang kukuh, Penyediaan kemudahan untuk meningkatkan Kualiti Kehidupan Komuniti dan Koloborasi dengan Penduduk

    1. Memantapkan sistem keupayaan kutipan hasil
    2. Meningkatkan hasil utama
    3. Mempertingkatkan keberkesanan kutipan hasil tunggakan
    4. Penglibatan masyarakat dalam usaha mengurangkan tunggakan hasil.
    5. Mempelbagaikan sumber hasil.
    6. Menjana hasil-hasil baru
      a) Aktiviti Pelancongan
      b) Peluasan kawasan operasi MPT
    7. Mempertingkatkan pengurusan kawalan perniagaan dan pelesenan.

    Teras Ketiga:

    MENINGKATKAN KUALITI HIDUP KOMUNITI DAN PERSEKITARAN

    • Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti
    • Memantapkan kolaborasi strategi

    Strategi

    • Mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur
    • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mampan 
    • Memperkasakan aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor
    • Mempertingkatkan tahap pengurusan kebersihan premis makanan dan persekitaran
    • Penguatkuasaan Undang-Undang
    • Memantapkan jaringan kerjasama denganpihak-pihak berkepentingan
    • Membasmi Kemiskinan Tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan bandar.
    • Memperkasa imej Majlis sebagai bandar Pelancongan Warisan dan Alam Semulajadi.
Halaman: 1  2  

TERMA & SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN RSS 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Taiping  
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan  
menggunakan resolusi 1024 x 768