Polisi Perlindungan Data Peribadi
Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan
Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda
Bagaimana Jika Data Peribadi yang Anda Berikan Tidak Lengkap
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami sekiranya dinyatakan di dalam borang permohonan atau pendaftaran kami secara manual atau elektronik, bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi yang lengkap dan yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami menggunakan Borang Permohonan Akses Data atau Borang Permohonan Pembetulan. Borang- borang tersebut boleh didapati di MPT dan laman web kami, walau bagaimanapun akses anda mungkin tertakluk kepada bayaran bagi menampung kos kami.
Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Polisi ini dan/atau terma dan syarat-syarat perjanjian anda dengan MPT sepanjang tempoh perhubungan anda dengan kami, bagi tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan MPT dan/atau pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang difikirkan perlu, kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang dan/atau untuk keperluan polisi-polisi berkaitan MPT.
Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda
Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.
Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia
Apa-apa data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami akan dijaga dengan piawaian keselamatan yang tinggi selaras dengan APDP. Berkemungkinan adalah perlu untuk kami memindahkan peribadi anda luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan kami terlibat dalam sebahagian daripada penyediaan perkhidmatan yang terletak di negara-negara luar Malaysia. Dalam keadaan ini, anda bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan memastikan pengambilan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan adalah diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada untuk menyediakan perkhidmatan yang telah dikontrakkan oleh kami dan melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Jika kami mengubah polisi kami, kami akan meletakkan pindaan tersebut di ruangan ini. Anda juga boleh menghantar emel atau menulis kepada kami untuk mendapatkan sesalinan polisi tersebut. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.
MPT komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi anda boleh hubungi kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau telefon 05-8080777. Jika anda ada sebarang persoalan, komen atau cadangan lain berkenaan Polisi ini, kami amat mengalu-ngalukannya. Anda boleh hubungi Pegawai Perlindungan Data MPT di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.