Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Perak Sejahtera 2030,
Salam Taiping Bandar Warisan,
Selamat Datang ke Laman Portal Majlis Perbandaran Taiping. Laman Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan satu saluran bagi komunikasi dan perhubungan di antara MPT dan orang ramai untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan, berita dan program yang diadakan oleh MPT.
Saya amat mengalu-alukan sebarang aduan dan maklumbalas daripada para pengunjung laman portal ini supaya MPT dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan MPT kepada orang ramai.
MPT akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk Taiping agar semua orang dapat hidup dengan selesa dan aman selama-lamanya.
Akhir kata, saya turut mengharapkan kunjungan anda semua ke bandar Taiping Bandar Warisan. Selamat datang ke bandar Taiping. Anda pasti terpesona melihat keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara. Semuanya ada di Taiping!
Sekian, terima kasih.
Mohamed Akmal bin Dahalan
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping
Majlis Perbandaran Taiping
Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
+605 - 808 0777
+605 - 806 8957 / +605 - 805 3000
mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my