FUN WALK @ TAIPING 2025: MELANGKAH KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT
Sertai kami dalam satu acara penuh semangat dan keseronokan – Fun Walk @ Taiping 2025, yang bakal berlangsung pada 21 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Padang Esplanade, Majlis Perbandaran Taiping, salah satu lokasi tumpuan untuk permulaan gaya hidup yang sihat. Program ini akan bermula dengan flag off pada jam 8.00 pagi.
Apa yang menarik menanti anda?
• Pemeriksaan kesihatan percuma untuk semua orang
• Pameran kesihatan dan keselamatan yang informatif dan interaktif
• Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
• 250 penyertaan terawal mendaftar akan menerima medal!
Yuran penyertaan adalah RM30. Pastikan anda mendaftar sebelum 30 Mei 2025 untuk tidak terlepas peluang keemasan ini!
Program ini terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa bermula umur 7 tahun hingga 65 tahun.
Bersama-sama kita jayakan, di mana setiap langkah kita membawa perubahan ke arah komuniti yang lebih sihat, harmoni dan prihatin.
Daftar sekarang untuk permulaan gaya hidup sihat untuk masa depan yang lebih baik!